Di "cop" oleh si KadusMama. Ini adalah post pertama saya dalam bahasa melayu. sila ambil perhatian bahawa slang negeri turut digunakan dalam penulisan di bawah (ayat skema sungguh).
Tag Yang Pertama
1. Bekas kekasih saya adalah : seorang yang baik tapi tiada jodoh.. hihi...
2. Saya sedang mendengar : Wish You My Love.. lagu korea lah. apalagi!
3. Mungkin saya patut: belajar bahasa mandarin
4. Saya suka : banyak benda... ^^
5. Sahabat-sahabat baik saya : baik-baik belaka (macam tiru dari si KadusMama saja nih ^^)
6. Saya tak paham : kenapa orang boleh tipu di siang hari. Ingat saya bodoh sangat ka?
7. Saya kehilangan : kawan yang sangat baik
8. Ramai yang berkata : masakan saya sedap... (ini namanya "masuk bakul angkat sendiri")
9. Makna nama saya : rasanya pernah diberitahu tapi dah lupa
10. Cinta itu adalah : cinta saja....
11. Di suatu tempat, seseorang sedang : berfikir.. berfikir... dan terus berfikir.... (mau makan apa kan lepas ani?)
12. Saya akan cuba : jadi lebih baik dari hari ini (ahh.. malasnya ^^)
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : selagi saya boleh ingat ... hehe (ini untuk orang pelupa seperti saya)
14. Telefon bimbit saya : berwarna pink dan jenama sony ericsson
15. Bila saya terjaga dari tidur : saya cari telefon bimbit untuk tengok jam berapa
16. Saya paling meluat apabila : mmm... sudah lama saya tidak rasa meluat. dah lupa.
17. Pesta/Parti adalah : sesuatu yang menyeronokkan kalau saya bukan penganjur, dan disertai dengan makanan yang sedap2.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : anak arnab
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : tak dapat pilih
20. Hari ini : hari yang baik....
21. Malam ini saya akan : tidur
22. Esok pula saya akan : pergi menyanyi dan menari dan mengemas (banyak benda lar..)
23. Saya betul-betul inginkan : anak perempuan (doakan ya... ^^)
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : belum lihat cermin dari pagi tadi (percaya atau tidak?)
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : tentu sekali pusat membeli belah
26. Makanan Barat atau Jepun : dua-dua pun ok
27. Bilik yang terang atau gelap: bergantung kepada aktiviti
28. Makanan segera adalah : makanan yang boleh dimakan sekali-sekala
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Ok boss (merujuk kepada suami saya)
Tag yang kedua
1. Apakah perasaan anda sekarang? tenang dan gembira
2. Saya nak makan? pencuci mulut yang sedap (Joy.. saya rindu dengan Triffle semalam)
3. Saya tak suka? hmmm... makanan yang tidak sedap dan wayang yang melalut
4. Impian saya? pergi melancong ke ... huhuhu...
5. Haiwan yang saya tak suka? yang berbadan panjang seperti tiub. sila bayangkan sendiri
6. Saya harapkan? saya dapat mengendali lebih banyak perkara tanpa stress!!
7. Jika boleh putarkan masa? saya mau menikmati kehidupan yang dulu-dulu sekali lagi. BEST and no regret!! (ai... tercakap english pula)
9. Handphone saya adalah sebuah? pembantu peribadi saya.. hehehe
10. Saya pernah bercinta sebanyak? hmm..cinta monyet pun kira sekali ke?
11. Kawan-kawan saya? pun baik-baik belaka (walaupun kadang-kadang membengongkan)
12. Pernah dikhianati? sudah tentu
13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? apa best ah?
14. Siapa yang anda nak Tag? si Herda, si Mareq, si Adora, si Sastrie dan tentu sekali mangsa kegemaran saya dalam kategori tag-tag.. si Eija
Semoga bergembira menyiapkan tag ini. hehee... Selamat bergembira di hujung minggu.